Upko sokong penuh Petisyen Tarik Balik IC – Sabah News Today

TUARAN: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyeru semua pihak untuk menyokong sebuah gerakan menandatangani petisyen bagi menarik dan menukarkan kad pengenalan sedia ada kepada kad yang baharu.

Bercakap dalam laman youtube miliknya hari ini beliau memaklumkan, seluruh ahli Upko akan menandatangani petisyen itu kerana ia seiring dengan perjuangan parti tersebut berhubung isu penyelewengan dan pemberian kewarganegaraan melalui rasuah kepada pendatang asing tanpa izin (PTI) di Sabah.

“Petisyen secara atas talian ini dimulakan oleh sekumpulan aktivis pemuda pro Umno di Semenanjung Malaysia yang mendesak Kerajaan Persekutuan mempercepatkan cadangan mewujudkan kad pengenalan baharu dengan segera.

“Perkara ini sebenarnya sudah sekian lama Upko perjuangkan. Kita telah usulkan beberapa kali di persidangan Dewan Rakyat, justeru petisyen ini menunjukkan ramai pihak yang telah membuka mata terhadap penyelewengan yang berlaku terhadap pemberian kad kewarganegaraan di negara ini,” katanya.

“Upko juga telah membuat kajian di lapangan berhubung perkara ini. Kita telah bertanya kepada mereka (pendatang asing) yang telah mendapatkan kad pengenalan. Read more…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top