Saintis Muda Kebanggaan Negara di Pentas ASEAN

Image may contain: one or more people and people standing

Semasa Mesyuarat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN yang ke-17 yang diadakan di Nyi Pi Taw, Myanmar, beberapa anugerah saintis muda peringkat ASEAN juga telah di sampaikan.

Selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia saya sangat berbangga kerana Malaysia telah merangkul tiga anugerah seperti berikut:

1. ASEAN Outstanding Scientist and Technologist Award (AOSTA)

dimenangi oleh Ir. Dr. Hafizal bin Mohamad dari Malaysian Institute of Microelectronic Systems (MIMOS) dan membawa pulang hadiah kemenangan berbentuk wang tunai berjumlah USD10,000;

 

2. ASEAN Meritorious Service Award (AMSA)

dimenangi oleh Dr. Leong Wai Yie dari Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC) serta mebawa pulang hadiah kemenangan berbentuk wang tunai berjumlah USD10,000 dan trofi.

 

3. ASEAN – US Prize for Women Scientist Achievements

Dr.Chong Mei Fong dari Nottingham University (Kampus Malaysia) pemenang tempat kedua dengan hadiah wang tunai bernilai USD5,000

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top