TUARAN: Sebanyak 18 jeti persendirian industri kelapa sawit yang ditutup sementara sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) telah dibenarkan beroperasi semula hari ini. Timbalan Ketua Menteri Sabah Wilfred Madius Tangau berkata keputusan itu dibuat selepas perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Pusat Arahan Covid-19 Sabah.