Permohonan tanah untuk sekolah menengah baru di Kampung Giok, Tamparuli yang sebenarnya untuk menggantikan projek SMK Pekan Nabalu yang telah dihentikan beberapa tahun lalu telahpun dimajukan kepada Kerajaan Negeri.
Khabar baik ini dibawa oleh rakan saya, YB Datuk Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan semasa lawatan julung kalinya ke kawasan parlimen saya Tuaran.
Setinggi-tinggi terima kasih YB Menteri Pendidikan.
Dengan terbinanya sekolah menengah baru ini nanti, ibu bapa akan dapat menghantar anak anak mereka dari 15 sekolah rendah di sekitar Nabalu untuk pendidikan menengah ke sekolah yang lebih hampir dengan kediaman mereka berbanding sekarang.
Inilah usaha yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk membangunkan pendidikan rakyat khususnya di luar bandar.
