Kerajaan Negeri buat keputusan tepat demi rakyat Sabah: Upko – Sabah News Today

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) menyokong penuh keputusan Kerajaan Negeri Sabah untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan bermula esok di seluruh negara.

Presidennya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata kerajaan negeri telah mengambil keputusan yang tepat bagi memastikan usaha membendung penularan wabak Covid-19 selama ini tidak sia-sia.

“Mengambil iktibar daripada Pulau Hokkaido Jepun, kita bersimpati dengan mereka kerana terpaksa menghadapi gelombang kedua selepas  mengambil keputusan menamatkan Perintah Berkurung lebih awal.

“Dalam masa sama, kita perlu menghargai pengorbanan petugas kesihatan dan pekerja barisan hadapan lain yang berpenat lelah siang dan malam bagi memerangi Covid-19,” katanya.

Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini mengulas keputusan Kerajaan Negeri untuk tidak melaksanakan PKPB di Sabah.

Katanya kerajaan negeri sejak dari awal lagi sudah memilih untuk lebih mengutamakan nyawa rakyat berbanding perkara lain.

“Maka itulah sebabnya, Sabah merupakan negeri yang terawal membuat keputusan untuk membatalkan semua penerbangan dari China pada Januari lalu, walaupun sebenarnya kemasukan pelancong China ke negeri ini menyumbang pendapatan yang tinggi dalam sektor pelancongan. Read more…

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top