Aspirasi Tuaran

Sempena dengan Karnival Sains, Teknologi dan Inovasi yang diadakan di Dewan Seri Sulaiman/ Padang Tuaran dari 12 – 14 Mei, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerbitkan “Berita Aspirasi Tuaran”. Buletin ini menjelaskan kenaiktarafan hidup di Tuaran menggunakan sains, teknologi dan inovasi.

Dengan ini saya menaruh harapan yang tinggi untuk penduduk kawasan Tuaran untuk memeluk budaya saintifik dan inovasi. Moga-moga dalam masa terdekat Tuaran dapat menjadi suatu Bandar Pintar yang bertaraf antarabangsa.

Saya juga akan mengadakan Dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) esok 12 Mei pada pukul 11 pagi di Dewan Seri Sulaman. Sememangnya kumpulan belia yang menentukan halatuju kita. Merekalah aspirasi kita.

Klik sini untuk muat turun buletin tersebut: BERITA ASPIRASI TUARAN

Isi kandungan:

  1. Teknologi Membran Bekal Air Bersih Terawat
  2. Tinta Kata saya
  3. Cerita saya “Dari Tuaran ke Putrajaya”
  4. Alat Persampilan Sendri Cervisafe Bantu Kesan Kanser Serviks
  5. Pusat MyCyber Komuniti Sabah dan Program CyberSafe
  6. Menerapkan Pemikiran Saintifik dari Awal Pembelajaran
  7. Tisu Kultur Tumbuhan; Dari Makmal ke Komuniti
  8. IComm Realisasikan Tuaran Sebagai Bandar Pintar

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top