TAMPARULI: Penduduk kampung disarankan untuk melakukan aktiviti penanaman khususnya di halaman rumah masing-masing sebagai persiapan menghadapi cabaran bekalan makanan masa akan datang. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, pada masa ini bekalan hasil pertanian masih mencukupi, namun langkah ini perlu diambil memandangkan masih belum dipastikan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan akan berakhir atau dilanjutkan.