31 pelajar mengambil Bible Knowledge

Syukur kepada Tuhan, kini mata pelajaran Bible Knowledge akan mula diajar di SM St James Tenghilan tahun ini dengan seramai 31 orang pelajar Kristian tingkatan empat sebagai kumpulan pertama.

UPKO terutama Presiden Kehormat Tan Sri Bernard Dompok semasa beliau dalam kabinet persekutuan telah berusaha gigih atas permintaan pihak Gereja supaya kerajaan menyenaraikan matapelajaran ini sebagai subjek elektif dalam perperiksaan SPM.

Maka itu kita amat berharap para ibu bapa dan juga pihak Gereja akan memberi sokongan serta kerjasama supaya pengajaran subjek ini akan terus berkembang.

Tahun lalu seramai 400 calon SPM seluruh negara menduduki kertas perperiksaan Bible Knowledge. Cuma 50 dari Sabah.

 

WhatsApp Image 2017-03-20 at 09.49.52.jpeg

Image may contain: 22 people, people smiling

 

Image may contain: 18 people, people smiling, people standing

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top